Duit Raya

Assalamualaikum dan selamat hari raya semua buat geng2 sekalian. Raya blm abis lagikan?? Sempat ucap kali kedua kan??

Musim nak raya macam2 orang nak cari rezeki atau pendapatan lebih bagi menampung kenaikan harga barang. Bukan setakat barang jek. Duit minyak pon naik.. tapi sekrg ni dah turun sikit. Tambang naik balik raya ni… dah naik 30% daripada harga biasa. Adalah yang jual daun ketupat ler, jual kuih ler, jual daging tepi jalan ler, buat biznis bazar ler dan macam2 lagi. Byk aku nak citer kang xabis lak.

Yang paling dasyat jadi ular sawa ni.. Jual Tiket Haram. Baru jek org JPJ n LPKP tangkap ulat.. timbul pulak ular sawa. Mengalahkan ular sawa ada ler..

Ada satu citer kat Batu Pahat Johor ni… Penjualan tiket palsu yang tidak disangka2 berlaku di tempat aku sendiri Batu Pahat… tapi berlaku kat Pekan Parit Raja. Yang jadi mangsanya budakKUTHO (Kolej Universiti Tun Hussein Onn). Dieorang siap caj pergi dan balik. Harga memang mahal, paling tinggi RM162.00 tu hala utara la.. Yang lain2 xtau.

Nama syarikat Bas Ekspres Touchwheel Trading, korang pernah dengar ker??? Pelikkan.. Dieorang siap upah dua orang untuk jaga kaunter. Yang lebih berani dieorang upah budak2 KUTHO utk jualkan tiket kat budak student ni. Siap tampal kat bangunan dieorang.

Nak jadikan citer, 25/09/2008 ari tu.. bas yg dieorang tunggu xsampai2. 26/09/2008 lagi ramai mangsa yang terkena. Kaunter terus xjual lagi. Esoknya terus bersih kaunter. Macam xwujud jek. Yang paling kesiannya dieorang tu nak balik.. Dah kena tipu… Padahal kat seblah ada kaunter tiket lain yg namanya top gak. KKKL org panggil bas gagap.. hehehe.. Tu pon dieorg xtanya.

Dalam hal begini siapa yang harus dipersalahkan???

Bagi yang jual tiket tu… bagaiman rezeki yang korang cari tu?? Anak bini yang makan.. berkat ker…???

Kepada mereka student2.. harap bersabar.. lain kali beli tiket tgkler syarikat tu… kalo was2.. tanyer2 kwn2 tu..

Ok. Adios.

Rate this:
3.2

Your Ad Here

Chicwear.com.my

No Comments

No comments yet.

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Leave a comment

WordPress Themes | Photo by ZaNuDa